Home

Pentadbiran

Kejayaan

Cawangan

Aktiviti & Berita

Koperasi

Email

Persatuan Kontraktor
Melayu
Malaysia

Wisma Kontraktor,
No 26. Jalan 3/3C, Sri Utara Batu 7, Jalan Ipoh 68100 Batu Caves, Kuala Lumpur

Tel: 03-62505066
Fax: 03-62504066

Pautan

PKK
 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 


 

 
KOPERASI KONTRAKTOR MELAYU MALAYSIA BERHAD

PENGENALAN

'PERSATUAN KONTRAKTOR MELAYU MALAYSIA' telah menubuhkan satu koperasi yang diberi nama 'KOPERASI KONTRAKTOR MELAYU MALAYSIA BERHAD' dengan nama ringkas 'KKMMB'. Ia telah ditubuhkan pada 17hb. Mac, 2003 di bawah pendaftaran W-6-0335.

Objektif & Matlamat Peubuhan

Penubuhan koperasi merupakan alternatif yang tepat bagi mempelbagaikan kegiatan ekonomi yang ada kaitan dengan bidang pembinaan dan ia menjadi pemangkin kepada PKMM bagi memberikan kelebihan daya saing untuk menghadapi cabaran era globalisasi selaras peranan kerajaan menjadikan koperasi sebagai sektor yang ketiga pentingnya  di dalam pembangunan ekonomi negara. Matlamat penubuhan koperasi ialah untuk meningkatkan kepentingan ekonomi anggota-anggotanya mengikut prinsip-prinsip koperasi.

Aktiviti Perniagaan

KOPERASI KONTRAKTOR MELAYU MALAYSIA BERHAD(KKMMB) telah merancang untuk melaksanakan empat skop aktiviti perniagaan yang berpotensi untuk berkembang maju iaitu Pembangunan Hartanah, Pengangkutan, Perunding dan Perkhidmatan serta bekalan bahan-bahan binaan. Di antara aktiviti-aktiviti yang sedang dijalankan adalah:

1. Program Latihan

Koperasi Kontraktor Melayu Malaysia Berhad (KKMMB) telah menandatangani Memorandum Persefahaman (MOU) dengan TENAGA NASIONAL (ILSAS) bagi mengendalikan program latihan kepada Anggota-anggota Koperasi dan Ahli-ahli Persatuan Kontraktor Melayu Malaysia (PKMM). Jadual dan tarikh latihan dikendalikan dan diuruskan oleh pihak Institut Sultan Ahmad Shah (ILSAS, Bangi).

II. Agensi Penerbangan Umrah

Koperasi Kontraktor Melayu Malaysia Berhad (KKMMB) telah menandatangi Perjanjian Persefahaman (MOU) dengan Syarikat Zahafiz Travel & Tours Sdn Bhd bagi mengendalikan Pakej Umrah untuk setiap Anggota Koperasi dan juga Ahli-ahli Persatuan Kontraktor Melayu Malaysia (PKMM) yang berminat. Perjanjian tersebut adalah merangkumi perkhidmatan, penginapan, penyediaan makanan, pengendalian bermula dari Lapangan Terbang  Antarabangsa KLIA dan juga Ground Handling. Harga bagi setiap pakej penerbangan adalah berpatutan dan tertakluk kepada pindaan mengikut pasaran terkini.

III. Pembangunan Tanah di Melaka Tengah

Koperasi Kontraktor Melayu Malaysia Berhad (KKMMB) juga telah menandatangani Perjanjian Usahasama dengan Syarikat Lagi Sempurna Sdn Bhd bagi tujuan pembangunan tanah di P.T. 3851, Mukim Krubong Daerah Melaka Tengah, Negeri Melaka yang berkeluasan 5.285 hektar. Tujuan pembangunan adalah berkonsepkan pembangunan bercampur yang terdiri daripada pembinaan dan bangunan kedai.

IV. Agensi Insurans Bagi Commerce Takaful Berhad

-         Koperasi Kontraktor Melayu Malaysia Berhad juga merupakan Agensi Insurans Am dan Insurans Berkelompok bagi Syarikat Commerce Takaful Berhad untuk menjalankan aktiviti insurans secara pasaran terbuka dan tidak hanya bergantung kepada Anggota Koperasi dan Ahli Persatuan Kontraktor Melayu Malaysia (PKMM) sahaja.

-         Kelebihan yang diberikan kepada setiap Anggota Koperasi yang berdaftar bagi setiap pembaharuan Insurans Bermotor adalah dengan pulangan (komisyen) sebanyak 5% dari premium yang dikenakan.

-         Keuntungan bagi Koperasi Kontraktor Melayu Malaysia Berhad (KKMMB) adalah dengan pulangan sebanyak 10% daripada setiap premium.

PENTADBIRAN KKMMB

STRUKTUR PENTADBIRAN 2006/2007

PENTADBIRAN PEJABAT:

Pengerusi:                                 YBhg. Dato’ Hj. Muhammad Muhiyuddin Hj. Abdullah

Timb. Pengerusi:                       YBhg. Tn. Hj. Enjah Bachek

Setiausaha:                                En. Ahmed Zaharani Yusof Omar

Setiausaha Eksekutif:                 Zalifah Binti Ibrahim

 Bendahari:                                 En. Hazman Jaafar

 Peg. Akaun:                               Tn. Muhammad Azhan Tn. Muda

 

ANGGOTA LEMBAGA PENGARAH: 

  • YBhg. Datuk Hj. Osman Abu Bakar

  • YBhg. Dato’ Hj. Awaluddin Abdul Jalil

  • YBhg. Datuk Abdul Rahman Ismail

  • YBhg. Tn. Hj. Mat Desa Hassim

  • En. Tajudin Ismail

  • En. Idris Sapiee Hj. Amit

  • En. Awadnir @ Mohd. Aruddin Matanggal

  • En. Aman Karyo

  • YBhg. Tn. Hj. Wan Mohd. Nor Hitam

  • YBhg. Tn. Hj. Aziz Mohd. Yusof

  • Pn. Supiah Ibrahim

 ANGGOTA LEMBAGA PENGARAH

KOPERASI KONTRAKTOR MELAYU MALAYSIA BERHAD (KKMMB)

SESI 2006/2007 

Berdiri dari kiri (YBhg. Tn. Hj. Wan Mohd. Nor Hitam, En. Idris Sapiee Hj. Amit, YBhg. Tn. Hj. Mat Desa Hassim, Pn. Supiah Ibrahim, En. Aman Karyo, En. Awadnir @ Aruddin Matanggal, YBhg. Dato’ Hj. Awaluddin Abdul Jalil)

Duduk dari kiri (YBhg. Datuk Abdul Rahman Ismail, En. Ahmed Zaharani Yusof Omar (Setiausaha), YBhg. Dato’ Hj. Muhammad Muhiyuddin Abdullah (Pengerusi), YBhg. Tn. Hj. Enjah Bachek (Timb. Pengerusi), En. Hazman Jaafar (Bendahari)