Home

Pentadbiran

Kejayaan

Cawangan

Aktiviti & Berita

Koperasi

Email

Persatuan Kontraktor
Melayu
Malaysia

Wisma Kontraktor,
No 26. Jalan 3/3C, Sri Utara Batu 7, Jalan Ipoh 68100 Batu Caves, Kuala Lumpur

Tel: 03-62505066
Fax: 03-62504066
 

Pautan

PKK

 

PENCAPAIAN 

Untuk menjamin kestabilan PKMM, sumber kewangan yang mencukupi adalah amat penting supaya aktiviti-aktiviti yang dapat memanfaatkan seluruh warga kontraktor Melayu dapat dijalankan dengan sempurna. Memandangkan PKMM sendiri tidak dapat menjalankan aktiviti perniagaan ia telah mewujudkan syarikat-syarikat Konsortium-konsortium Kontraktor Melayu di PKMM (Pusat) dan Negeri-negeri.

Di antara pencapaian-pencapaian dan hasil-hasil yang diperolehi : 

  1. Berjaya mewujudkan Persatuan Kontraktor Melayu di seluruh negeri termasuk Sabah dan Sarawak.

  2. Berjaya menarik warga kontraktor Melayu menjadi ahli yang kini berjumlah 7,000 orang. 

  3. Berjaya mewujudkan Dana Kontraktor Bumiputera yang merupakan lambang kerjasama di antara Persatuan Kontraktor Melayu Malaysia, Guild of Bumiputera Contractors (GBC) dalam usaha untuk meningkatkan martabat Kontraktor Melayu. 

  4. Berjaya mewujudkan bangunan-bangunan Persatuan Kontraktor Melayu di seluruh Negeri sebagai lambang memartabatkan perjuangan kontraktor. 

  5. Menceburkan diri dalam dunia perniagaan dan mewujudkan syarikat Konsortium Kontraktor Melayu Sdn Bhd (KKMSB) untuk mendapat modal kewangan bagi menjana pentadbiran PKMM seterusnya mengambil pelbagai tindakan-tindakan strategik untuk menolong melonjakkan kedudukan Kontraktor Melayu dalam hiraki stratifikasi sosial Negara khususnya dalam industri pembinaan. 

  6. Menubuhkan SUKMIM Sdn Bhd iaitu sebuah syarikat yang diwujudkan pada tahun 1994 atas nasihat Menteri Kerja Raya, YB Dato’ Seri S. Samy Vellu yang mana melibatkan kerjasama antara Persatuan Kontraktor Melayu Malaysia (PKMM) dan Persatuan Kontraktor India Malaysia (PKIM) bagi mendapatkan projek untuk menambah modal. Syarikat ini dimiliki sepenuhnya oleh PKMM & PKIM dengan ekuiti 50% : 50%. 

  7. Berjaya menubuhkan Koperasi Kontraktor Melayu Malaysia Berhad pada 17hb. Mac, 2003